Home Berita PAS Negeri Sembilan

Program kebajikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau di DUN Paroi

26
SHARE

Oleh RUSILAH MD SOM

PAROI, 7 September : Program kebajikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau (DMPKR) telah diadakan bagi menyantuni warga miskin, orang kurang upaya, sakit, warga emas, armalah dan yatim ( MOSWAY) di sini, kelmarin.

Ketua Muslimat DMPKR, Masita Mohamed Ali telah menyampaikan set barangan dapur kepada 23 buah keluarga di sekitar Paroi.

Pimpinan PAS Kawasan Rembau yang turut serta dalam program tersebut ialah Yang Dipertua, Kamarol Ridzuan Mohd Zain, Timbalan Yang Dipertua, Rozmal Malakan serta Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Ishak Omar.

Menurut Masita Mohd Ali, program kebajikan anjuran DMPKR tersebut amat bertepatan dengan tema sambutan hari kemerdekaan ke-64 yang baru disambut beberapa hari yang lepas iaitu, Malaysia Prihatin.

“PAS sentiasa prihatin kepada insan-insan yang memerlukan dengan menyampaikan sumbangan serta menziarahi golongan MOSWAY termasuk ahli dan juga bukan ahli PAS,” kata Masita.

YDP Kawasan Rembau, Kamarol Ridzuan pula berkata, “Kami pimpinan PAS adakan ziarah kasih di rumah Jalil Limat iaitu, warga emas dan juga ahli PAS veteren yang semakin uzur itu kerana menyahut gagasan Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Ke-9, Dato Seri IsmaiI Sabri bin Yaakub.”

Kehadiran kami di rumah veteran PAS bersama isterinya itu disambut dengan wajah yang ceria bagaikan sebuah keluaga besar, bernaung di bawah jamaah PAS, ujar Kamarol Ridzuan.

Sehubung itu, beliau menyeru agar program kebajikan serta ziarah kasih perlu diteruskan kerana mampu mendekatkan dan menarik warga yang bukan ahli kepada PAS.