Home Berita PAS Kedah

Program Jom Mengail anjuran PKWR Merbok dapat sambutan ramai

87
SHARE

MERBOK – Seramai 100 peserta menyertai Program Jom Mengail Bersama YB Tanjung Dawai di bawah anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Tanjung Dawai, baru-baru ini.

ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Haji Hanif Haji Ghazali berkata, program ini berlangsung di Tandop Pengkalan Bujang dan 10 orang pemenang terpilih berdasarkan berat ikan yang berjaya dikail.


Katanya, program ini bermula pada jam 8 sehingga 1 tengah hari ini melibatkan semua pihak. Warga emas dan kanak-kanak turut terlibat menyertai program ini.

“Saya mengharapkan program sebegini banyak lagi diadakan bagi mengeratkan hubungan antara pemimpin dan penduduk,” ujarnya.

Hadir sama, Yang Dipertua PAS Kawasan Merbok, Ustaz Haji Azizan Hamzah.