Home Berita PAS Kedah

Program jejak dan bantu asnaf DUN Ayer Hitam

535
SHARE

AYER HITAM 19 DISEMBER 2019- Seramai hampir 100 orang asnaf menerima sumbangan barangan dapur dalam program “Jejak Dan Bantu Asnaf” dalam zon 2 DUN Ayer Hitam, yang berlangsung di Markaz PAS Kawasan Jerlun, Lubuk Pinang, kelmarin.

ADUN Ayer Hitam, YB Hj Azhar Ibrahim berkata sumbangan dalam bentuk barangan dapur tersebut diagihkan kepada asnaf-asnaf sekitar dalam DUN Ayer Hitam.

“Alhamdulillah, diharap dengan sumbangan sikit tanda ingat ini dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mereka”“Saya berusaha sekadar yang mampu untuk menjaga kebajikan rakyat khususnya dalam DUN Ayer Hitam,”.” Insya Allah minggu depan akan diteruskan majlis seperti ini di zon 3 dan 4 sebelum 2019 melabuhkan tirai”. Katanya.

Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan tersebut, Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat Ayer Hitam Abdul Hadi Omar dan ahlijawatankuasa PKWR DUN Ayer Hitam.Jamuan laksa juga disediakan kepada asnaf-asnaf sepanjang program berlangsung.