Home Artikel PAS Perlis

Back To School PAS Kangar Bantu Pelajar Kurang Berkemampuan

268
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Prihatin dengan beban perbelanjaan persekolahan yang terpaksa ditanggung golongan yang kurang berkemampuan setiap kali menjelang sesi persekolahan, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kangar sekali lagi menganjurkan program Back To School (BTS) bertempat di Kedai Kain Mariam, dekat sini petang tadi.

Seramai 51 orang penerima telah terpilih menerima bantuan berupa peralatan persekolahan pada kali ini.

Mereka terdiri daripada para pelajar yang kurang berkemampuan serta anak yatim yang tinggal dalam Parlimen Kangar.

Sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kangar, Wan Hassan Ismail dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Kangar, Ustaz Mohamad Zahid Ibrahim.

Hadir sama, Ketua Muslimat PAS Kawasan Kangar, Norhasmayati Che Me serta Pengarah MTD Kayang, Md. Radzi Hassan.

Menurut Wan Hassan, penganjuran program BTS merupakan sebahagian daripada komitmen PAS dalam membantu meringankan beban masyarakat khasnya mereka yang kurang berkemampuan.

“Hasil sumbangan orang ramai telah kita salurkan kepada para penerima yang memerlukan pada hari ini, menerusi Program Back To School yang kita adakan pada setiap tahun,” katanya ketika ditemui di sini.