Home Artikel PAS Sabah

Program Ibadah Korban dan Aqiqah PAS Kinabatangan disambut meriah

808
SHARE

Oleh: Basith Samad
31 Julai 2020

KINABATANGAN : PAS Kawasan Kinabatangan meneruskan penganjuran Program Korban Perdana bersama masjid dan surau sekitar Kinabatangan sempena sambutan Perayaan Aidiladha bagi tahun 1441 Hijrah, hari ini.

Program yang berlansung selama dua hari itu diadakan pada hari ini dan esok, 31 Julai 2020, bertempat di Masjid Al-Ghafar, Bukit Garam dan Surau Al-Ikhlas, Jaya Baru.

Menurut Penyelaras PAS Dun Lamag, Jumaidin Lakalla , program ibadah korban anjuran PAS Kinabatangan adalah merupakan program tradisi di kawasan ini dan bilangan lembu yang dikorbankan pula meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya iaitu sebanyak 10 ekor.

Peningkatan ini menurut beliau adalah disebabkan oleh faktor kepercayaan ahli terhadap pengurusan ibadah korban yang dilaksanakan oleh PAS kawasan selain faktor harga yang berpatutan.

Beliau turut melahirkan rasa puas hati atas kejayaan penganjuran program kali ini yang menurut beliau berpunca daripada kerjasama dan sokongan daripada semua pihak dalam PAS.

“Secara keseluruhannya, kita melihat program kali ini lebih berjaya dan berjalan dengan lancar dalam masa yang singkat. Kita mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.”

Walaupun tahun ini ibadah korban perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan, namun begitu seawal jam 8.30 pagi, perkarangan masjid telah dipenuhi oleh para petugas dan orang ramai yang terlibat dengan pelaksanaan ibadah korban.

Turut serta dalam program kali ini, NYDP PAS Kawasan Kinabatangan , Azrin Malikulafdal, Ketua Pemuda PAS, Abdul Aziz Baitul Makmur dan barisan Ahli Jawatan Kuasa PAS Kawasan Kinabatangan.