Home Artikel PAS Wilayah

Meraih Fadhilat Aidiladha

383
SHARE

Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Meskipun ramai yang tidak berpeluang untuk melakukan ibadah haji pada tahun ini, kita harus bersyukur kerana masih berpeluang menyambut hari raya bersama keluarga tercinta dan melaksanakan ibadah korban mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Ibadah korban yang dilakukan haruslah bertujuan untuk meraih ketaqwaan kepada Allah SWT dan menzahirkan kesyukuran atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita.

Kenanglah pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim A.S. serta keluarga Baginda dalam menjalankan perintah Allah SWT semasa meraikan hari raya ini.

Teruslah bertakbir, bertahlil dan bertahmid bagi mengisi kemeriahan sambutan hari raya ini.

Rebutlah peluang untuk kita merapatkan silaturrahim sesama kita serta membantu saudara mara, sahabat dan kenalan yang lebih memerlukan agar kegembiraan hari raya ini dapat dikongsi bersama.

Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita.

Salam Aidiladha.

DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
10 Zulhijjah 1441H
30 Julai 2020