Home Artikel PAS Sabah

Program Ibadah Korban dan Agihan Daging Anjuran PAS Kawasan Batu Sapi Dekati Golongan Asnaf.

321
SHARE

Oleh : Asiah Muhammad
02 Ogos 2020

BATU SAPI – Program Ibadah Korban dan Agihan Daging sembelihan kepada golongan Asnaf yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Batu Sapi semalam meriah bersama penduduk kampung Lupak Meluas di Parlimen Batu Sapi.

Kehadiran para petugas program yang terdiri daripada ahli Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Sapi, ahli Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu Sapi, ketua dan ahli cawangan PAS Batu Sapi telah bertungkus lumus membantu dalam melaksanakan ibadah korban ini.

Khairul Azlee bin Mohd Yunus selaku pengarah Program Ibadah Korban tahun ini menyatakan bahawa penyertaan program Ibadah Korban ini mendapat sambutan ramai dan bilangan lembu lebih banyak berbanding tahun sebelum ini.

Objektif program kali ini ialah menanamkan semangat pengorbanan yang tinggi dalam diri terutamanya di kalangan Ahli PAS Kawasan Batu Sapi serta setiap cawangan yang ada.

Persiapan program yang telah dirancang sejak awal bulan Julai ini mendapat sokongan padu dari setiap ahli cawangan PAS Kawasan Batu Sapi serta masyarakat setempat. Sebanyak 8 ekor lembu telah disembelih dalam program Ibadah Korban kali ini.

Norsah Bongsu yang merupakan Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Batu Sapi melahirkan rasa semangatnya walaupun ketika menyampaikan edaran daging korban sudah lewat petang.

Sebanyak 11 cawangan dan seramai 825 orang golongan asnaf sekitar Parlimen Batu Sapi menerima agihan daging korban pada kali ini.

Turut serta dalam program ini iaitu Ahmad Naufal selaku Yang Di-Pertua PAS Kawasan Batu Sapi, Masru Mustaqeem iaitu Ketua Pemuda PAS Kawasan Batu Sapi, Nur Izzati Yusof selaku Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakan PAS Kawasan Batu Sapi serta pimpinan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Batu Sapi.