Home Artikel PAS Sabah

PAS – UMNO Libaran berkerjasama dalam ibadah korban.

348
SHARE

Susilah Charles
02 Ogos 2020

Program ibadah korban yang menjadi acara tahunan PAS Libaran disambut baik oleh UMNO Bahagian Libaran apabila mereka turut menyumbangkan seekor lembu untuk diagihkan dagingnya kepada asnaf.

Kamsa Osman, Pengarah Program yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda Pemuda PAS Libaran menyatakan bahawa kerjasama ini adalah seiring dengan apa yang dicanangkan di peringkat pusat untuk memperkasakan lagi Muafakat Nasional antara PAS dan UMNO.

“Kita melihat bahawa program seperti ini dapat menguatkan lagi hubungan silaturahim dan kerjasama antara PAS dan UMNO terutamanya di kawasan Libaran ini.” Jelas Kamsah.

Tambahnya lagi, PAS Libaran juga akan terus komited dalam membantu dan menyuarakan suara rakyat terutamanya perkara yang berkaitan kebajikan dan ekonomi masyarakat setempat.

Sebanyak 7 ekor lembu disembelih oleh ahli jawatankuasa program yang 6 daripadanya adalah hasil daripada sumbangan daripada orang ramai yang memberi kepercayaan kepada PAS Libaran untuk mengurusnya.

Turut hadir dalam program ini adalah YDP PAS Libaran, Abdul Waheed Mohamad, Ketua Bahagian UMNO Libaran, Suhaimi Haji Nasir serta ahli jawatankuasa PAS dan UMNO Libaran.