Home Berita PAS Perlis

Gotong-royong dekatkan Pemuda PAS dengan penduduk

46
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 27 Sept: Program gotong-royong anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau (DPPKA) yang diadakan di Kampung Mengkuang Layar dekat sini semalam merupakan satu lagi aktiviti ‘turun padang’ pemuda PAS kawasan berkenaan dengan penduduk setempat.

Menurut timbalan ketuanya Amrul Amri Chan, penganjuran program-program bersifat kemasyarakatan seperti itu bertujuan mendekatkan lagi pemuda PAS dengan penduduk setempat.

“Hingga ke hari ini, pelbagai program bersama masyarakat telah kita laksanakan antaranya penyerahan sumbangan, program bantu usahawan kecil, program pengisian minyak petrol dan cuci motosikal percuma dan banyak lagi.

“Mesej yang ingin kita sampaikan ialah rakyat tidak perlu takut dengan PAS kerana PAS merupakan sebuah parti yang sentiasa mengutamakan agenda menjaga kebajikan rakyat.

“Alhamdulillah, meskipun sentiasa menjadi sasaran musuh politiknya, rakyat pada hari ini semakin mengenali wajah sebenar parti ini bahkan semakin ramai yang mula berjinak-jinak dengan perjuangan PAS,” katanya ketika ditemui di sini.

Pada program berkenaan, para petugas DPPKA dan JPrD Simpang Empat telah melaksanakan kerja-kerja mengemas dan mencuci kediaman serta memotong rumput di beberapa buah rumah terpilih.

Turut hadir, Pengarah JPrD Simpang Empat, Razali Ismail.