Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Memelihara Alam Sekitar kewajipan setiap umat Islam

54
SHARE

Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) merupakan satu acara tahunan yang dianjurkan semenjak 1989. Pelbagai aktiviti berkaitan pemeliharaan dan penjagaan alam sekitar telah dijalankan oleh kerajaan sebagai usaha berterusan untuk menerap dan meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat Malaysia. MASM disambut pada setiap tahun dari 21 hingga 27 Oktober bersempena Hari Alam Sekitar Malaysia yang jatuh pada 21 Oktober. Salah satu hak asasi manusia adalah memiliki persekitaran yang bersih untuk kesejahteraan hidup. Menjaga alam sekitar merupakan sebuah tuntutan sebagai seorang muslim.  Ia merupakan salah satu kewajipan dalam menjaga kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT

“(Dialah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan dan Dia telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan untuk lalu lalang; dan dia juga telah menurunkan hujan dari langit. Maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya. Makanlah kamu daripadanya dan berilah makan binatang-binatang ternak kamu, sesungguhnya semua itu mengandungi tanda-tanda yang membukHkan kemurahan Allah, bagi orang-orang yang berakal fikiran” (Surah Taha, 20: 53-54)

Ayat ini menjelas manusia adalah sebahagian daripada alam ciptaan Allah dan mempunyai hubungan yg rapat dengan alam sekitar. Manusia bertanggungjawab mengurus & memelihara bumi dgn sebaik mungkin. Sebagai seorang Muslim perlu tahu bahwa memelihara dan membaikpulih alam sekitar adalah sama seperti menjaga agama, nyawa dan harta serta keturunan. Segala perbuatan mencemar, merosak dan memusnahkan alam sekitar adalah perbuatan jenayah dan mungkar kerana mengganggu kesejahteraan kehidupan manusia lain khususnya. Manusia tidak berhak merosakkan sumber alam dengan sewenang-wenangnya kerana segalanya milik Allah. Firman Allah

“Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi setelah Allah memperbaikinya, dan berdoalah kepada-Nya dgn rasa takut (Hdak akan diterima) & harapan (akan dimakbulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kpd orang2 yang berbuat baik” (Surah al-A’raaf, 7: 56)

Kerosakan alam sekitar, pencemaran & pengurangan sumber alam serta gangguan keseimbangan alam akan membahayakan kehidupan manusia itu sendiri. Sebagai contoh, pembalakan dan perlombongan haram yang dijalankan secara haram bakal menjejaskan struktur tanah serta menjadi punca tanah runtuh yang mengancam nyawa. Pencemaran air sungai akibat pembuangan sisa toksik yang berbahaya akan menyebabkan keracunan sumber air dan boleh menjejaskan kesihata. Penyelewengan dan kerosakan terhadap alam sekitar seperti pengambilan hasil bumi secara berlebihan akan mengancam kelangsungan hidup generasi masa depan.

Sebagai seorang muslim yang memiliki keimanan dan ketaqwaan yang tinggi, kita seharusnya berperanan dalam melaksanakan program-program kesedaran,pendidikan, serta membentuk moral dan akhlak generasi akan datang bagi melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab menangkis segala perbuatan yang boleh merosakkan alam. Marilah kita kembalikan persekitaran yang bersih dan seimbang yang menjadi kunci utama kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

‘Islam Memperkukuh Wanita Sejahtera’
‘Islam Memimpin Wanita Sejahtera’

Puan Salmah binti Ab Latiff
Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS)
Dewan Muslimat PAS Malaysia
27 September 2021 | 20 Safar 1443H