Home Berita PAS Perlis

JPrD Tambun Tulang serah sumbangan masjid terbakar

263
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 27 Sept: Jabatan Pilihan Raya DUN (JPrD) Tambun Tulang menyerahkan sumbangan kepada pengurusan Masjid At-Taqwa Alor Redis dekat sini, yang terlibat dengan kebakaran baru-baru ini.

Serahan wang tunai sebanyak RM300 telah dibuat oleh Ketua Cawangan PAS Alor Redis, Shahidan Man kepada wakil imam masjid berkenaan Izzuddin Ibrahim, di kediamannya semalam.

Menurut Shahidan, sumbangan berkenaan adalah bagi membantu menampung kos yang diperlukan untuk baikpulih masjid berkenaan.

“Kebakaran yang berlaku baru-baru ini telah mengakibatkan sebahagian besar ruang dalam masjid mengalami kerosakan teruk dan kos baikpulih dijangka menelan perbelanjaan yang amat tinggi.

“Justeru, kami di JPrD Tambun Tulang ingin menyeru orang ramai agar tampil menghulurkan sumbangan kewangan bagi membantu pihak pengurusan masjid untuk menampung perbelanjaan terbabit,” katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam bernombor 09010020086469 atas nama ‘Tetuan Lembaga Kebajikan Masjid Al Takwa Kampung Alor Redis’.