Home Artikel PAS Melaka

PROGRAM EDARAN KALENDAR 2020 & RISALAH PASTI AL-AFFAN

216
SHARE

Oleh : AHMAD KAUTSAR MD ALI

ALOR GAJAH – Satu program edaran Kalendar 2020 dan risalah PASTI Al-Affan telah berlangsung di kawasan Pasar Durian Tunggal dan Taman Desa Idaman, Durian Tunggal, Alor Gajah pagi ini.

Antara tujuan program ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara PAS dan orang ramai sambil bertanya khabar dan juga untuk mempromosikan PASTI Al-Affan di bawah kelolaan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah.

Program yang dianjurkan ini oleh Lajnah Politik Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah bersama Pengerusi PASTI PAS Kawasan Alor Gajah ini dikelolakan oleh Pengarah Program Saudara Afif Che Roselam.

Turut serta dalam program ini ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah Saudara Khanapiah Mohd Nor dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah saudara Afif Che Roselam.