Home Berita PAS Selangor

Bakul makanan buat wanita B40, ibu tunggal di Klang – DMPK Klang

103
SHARE

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

Klang | Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Wanita Perikatan Nasional (PN) Selangor telah mengadakan program sumbangan “bakul makanan Covid-19” bermula dari hari semalam. Secara keseluruhannya, lebih 18,000 permohonan telah diterima seluruh negeri Selangor dan lebih 1000 pemohon datangnya dari kawasan Klang.

Penerima-penerima bakul makanan terlebih dahulu membuat permohonan kepada Wanita Perikatan Nasional peringkat pusat dan permohonan mereka telah disenarai pendek dan disaring pula di peringkat negeri. Mereka terdiri daripada wanita B40, ibu tunggal dan suri rumah di mana suami mereka tiada pekerjaan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Puan Norhanizah Binti Ahmad Suhaimi berperanan sebagai Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Klang telah hadir untuk menerima 58 bakul makanan untuk diedarkan di sekitar kawasan Klang.

Terima kasih juga buat Jabatan Amal kerana membantu dari logistik dalam menjayakan program yang dilakukan ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor