Home Berita PAS Kedah

Program E-Sports Tournament DUN Ayer Hitam

151
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

AYER HITAM, 20 Dis – Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Ayer Hitam, Dewan Pemuda PAS kawasan Jerlun serta Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Kedah telah menganjurkan E-sports Tournament di pekarangan ANZ E-Sport, Bazar MARA Kerpan, Sabtu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim berkata lebih kurang 100 orang peserta menyertai program ini.

“PKWR sentiasa layani permintaan anak-anak muda. Pelbagai program sukan telah di susun seperti futsal,bola sepak padang, badminton, kayuhan basikal, konvoi motosikal dan sepak raga tuju,

“Kejohanan yang julung kali dianjurkan ini mendapat sambutan di luar jangkaan. Anak-anak muda pelbagai peringkat umur datang sejak awal pagi untuk mendaftar dan mengambil bahagian,” katanya.

 

Program dirasmikan oleh Yang DiPertua PAS kawasan Jerlun, Ustaz Dr Abd Ghani Ahmad manakala perasmian penutup disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri, YB Dato’ Dr Mohd Hayati Othman.

“E-Sports ada baik buruknya, baiknya dapat penuhi masa dengan perkara berfaedah, dapat menajamkan fikiran, kordinasi mata dan tangan dan juga menjana pendapatan melalui pertandingan,

” Yang buruknya pula jika tiada disiplin akan menganggu masa tidur dan rehat, ganggu masa makan dan duduk lama boleh membuatkan sakit belakang badan”, kata YB Dato’ Dr Mohd Hayati Othman.

YB Cikgu Azhar turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang DiPertua PAS kawasan Ustaz Dr.Abd Ghani Ahmad atas kesudian merasmikan kejohanan dan ucapan penghargaan kepada YB Dato’ Dr Mohd Hayati Exco kerajaan negeri atas kesudian hadir untuk Majlis Penutup dan menyempurnakan penyampaian hadiah.

Turut hadir dalam program ialah jawatankuasa Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Ayer Hitam dan Jawatankuasa Pemuda PAS Jerlun.