Home Berita PAS Melaka

Program bantuan makanan asas Surau Al Falah dapat sambutan – Ustaz Zaimi

200
SHARE

Oleh ZUL SHAM MAHAT

MASJID TANAH, 17 Jul: Program bantuan makanan asas untuk penduduk sekitar yang julung kali dianjurkan oleh Surau Al Falah, Sungai Tuang, telah mendapat sambutan yang sangat menggalakan.

Antara item yang disumbangkan termasuk barangan dapur seperti tepung, susu, nasi himpit segera dan juga diapers dengan lebih dari seratus pek telah disediakan.

Bantuan ini turut mendapat sambutan dari luar termasuk dari Kampung Telok Gong, Kuala Sungai Baru dan Tanjung Bidara.

Menurut Pengerusi Surau Al Falah, Ustaz Zaimi Mokhtar, tujuan utama bantuan ini adalah untuk sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Kita berharap dengan bantuan yang diberi ini dapat memberikan sinar kepada mereka untuk menyambut Hari Raya Aidiladha nanti dalam suasana pandemik Covid-19 ini.

“Saya bagi pihak surau juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Al Haziq Frozen Food yang membantu sedikit barangan dapur, ‘packing’ barang dan penyediaan peralatan khemah kerusi meja,” ujar beliau ketika ditemui Wartawan Rakyat Melaka (WARM).

Sementara itu Pengurus Al Haziq Frozen Food, Hasbullah Mohd Halil berkata beliau juga ada menerima sumbangan daripada pihak perseorangan dan sumbangan tersebut dikhaskan membeli beras untuk diedarkan dalam program ini.

Turut sama dalam pemberian ‘Program Bantuan Kit Makanan Asas’ ini ialah Pengerusi JPRD PAS Kuala Linggi, Ustaz Azmi Sambul.