Home Artikel PAS Perlis

Program Back To School Tanda PAS Cakna

658
SHARE

Oleh : Nur ‘Iffah

KANGAR : Prihatin dengan beban perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh golongan kurang berkemampuan setiap kali tiba musim persekolahan, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kangar telah mengadakan program Back To School bertempat di Bandar Kangar baru-baru ini.

Program yang bermula pada jam 2 petang itu melibatkan seramai 55 orang pelajar.

Mereka telah dibawa ke Kedai Kain Maryam, Kangar untuk mendapatkan kelengkapan persekolahan mereka.

Antara peralatan diberikan ialah pakaian seragam sekolah, kasut, stoking, beg, kain dan tudung sekolah.

 

 

Sumbangan adalah hasil derma dari orang ramai yang telah berjaya dikumpulkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kangar.

Menurut Timbalan Yang Dipertua PAS Kangar, Wan Hassan Ismail, penganjuran program Back To School adalah tanda keperihatinan PAS dalam membantu meringankan beban masyarakat khasnya golongan kurang berkemampuan dalam membeli barangan keperluan sekolah setiap kali tiba musim persekolahan.

Menurutnya lagi, pihaknya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang atas sumbangan yang diberikan bagi menjayakan program tersebut.

Hadir sama dalam program berkenaan, Setiausaha PAS Kawasan Kangar, Abd Jamil Kamis, Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Kangar, Ustaz Mohamad Zahid Ibrahim, Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kayang, Md Radzi Hassan dan Timbalan Pengarah MTD Kuala Perlis, Roslan Hamid.