Home Berita PAS Kedah

PROGRAM ANAKKU SEJAHTERA NEGERI KEDAH

3250
SHARE

Bagi ibu bapa di Negeri Kedah yang baru sahaja mendapat cahaya mata, Kerajaan Negeri Kedah telah memperkenalkan Program Anakku Sejahtera dengan menyalurkan insentif kelahiran sebanyak RM100 secara “one-off” kepada akaun Simpanan SSPN Prime kepada setiap bayi yang lahir pada tahun 2022.

Program ini diwujudkan sebagai salah satu usaha Kerajaan Negeri Kedah untuk membasmi dan mengeluarkan rakyat negeri tersebut daripada belenggu kemiskinan menerusi bantuan dalam bentuk tabungan pendidikan dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.

Menerusi Program ini, ibu bapa yang mendaftar anak baru dilahirkan di Negeri Kedah daripada 1 Januari hingga 31 Disember 2022 akan layak mendapat simpanan RM100 ke dalam akaun Simpanan SSPN Prime anak mereka.

Syarat-syarat kelayakan permohonan adalah seperti yang tertera pada gambar di bawah.

SIMPAN DAN PENUHI IMPIAN PENDIDIKAN ANAK ANDA

✅Dijamin Oleh Kerajaan

✅Patuh Syariah

✅Tiada Pemeriksaan Kesihatan

Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat masing-masing