Home Berita PAS Pulau Pinang

Program Ameerah Care 1.0 : Santuni Ibu Muda Sekitar Permatang Pauh

1231
SHARE

Oleh: Nor Aini Abu Bakar

27 Jan 2019 | Ahad | Permatang Pauh

Mendengar perkhabaran kelahiran beberapa orang ‘khalifah kecil’ di sekitar Permatang Pauh, Ameerah Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh (DMPKPP) tidak melepaskan peluang untuk menziarahi bayi- bayi comel ini beserta ibunya yang sedang berpantang melalui Program Ameerah Care 1.0.

Seramai tiga orang ibu muda telah diziarahi oleh Ameerah DMPKPP pada petang tersebut.

Ziarah ini bertujuan untuk menyantuni wanita muda khususnya di sekitar Parlimen Permatang Pauh. Dalam ziarah kali ini, Ameerah juga turut berkongsi beberapa tips penjagaan bayi buat ibu yang sedang berpantang.

Melalui program Ameerah Care ini, ianya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara muslimat muda PAS dengan golongan wanita muda. Program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang dari masa ke semasa.