Home Artikel PAS Pulau Pinang

Pemuda P. Pinang anjur Tournament Futsal

484
SHARE

Ahad 27 Januari 2019 – DACS Pulau Pinang mengajurkan Tournament Futsal Piala Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang 2019 , 16 pasukan penyertaan dari semua parlimen kawasan peringkat Negeri Pulau Pinang .

Perlawanan berlangsung di Safira Sport Planet ,Seberang Jaya. Sambutan amat menggalakan oleh orang ramai & anak-anak muda. Kelainan pertandingan kali ini ialah, setiap pasukan diwajibkan mempunyai minimum 4 orang wakil pemain dari Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan masing-masing.

Perlawanan dirasmikan oleh Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamuden, Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang & turut hadir jemputan khas, Ustaz Halim Din memberi tazkirah & taujihad kepada pemain-pemain .
Sebelum permainan dimulakan, semua pemain Solat Zohor berjemaah diatas gelanggang & syarat utama perlawanan ialah pemain diwajibkan menutup aurat untuk bermain.

Pengarah DACS Pulau Pinang, Muhammad Akmal Abdul Rahman berkata “Pertandingan kali ini kami membuka peluang kepada orang awam untuk bersama-sama Dewan Pemuda Kawasan bermain bersama & fokus utama penganjuran ini untuk menunjukan Agama Islam menggalakan kita beriadah untuk sihatkan badan ,yang utama mengikut syariat dan menutup aurat bukan halangan untuk kita bersukan . Inshallah akan ada perlawanan terbuka selepas ini kepada pasukan-pasukan luar yang berminat.”

Juara pertandingan futsal & piala pusingan kali ini dimenangi oleh DPPK Nibong Tebal , tempat kedua DPPK Jelutong, tempat ketiga DPPK Bagan & Tempat ke empat DPPK Bukit Mertajam.