Home Kenyataan Media PAS Selangor

TUNTUTAN RM30 JUTA TERESA KOK: MAHKAMAH DIGUNAKAN UNTUK MENUTUP SUARA RAKYAT

2384
SHARE

1. Isu tuntutan RM 30 juta Teressa Kok terhadap Ketua Pemuda PAS Selangor menjadi satu lagi hujah bahawa DAP semakin tersepit apabila menjadikan mahkamah untuk menutup suara rakyat. Jika benar Malaysia Baharu yang dicanangkan itu memberikan kebebasan bersuara, mengapa beliau tidak berani sehingga ke saat ini untuk menjawab fakta mengenai kebenaran pimpinan DAP anti Islam. Bahkan menjawab sekali 15 fakta bahawa DAP anti Islam yang dikeluarkan oleh Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

2. Mahkamah bukan tempat untuk dieksploitasi bagi melarikan diri apatah lagi mengugut dengan saman yang kosnya besar. Teressa Kok dicabar untuk mengadakan debat terbuka dengan Dewan Pemuda PAS Selangor bagi membolehkan rakyat menilai pendirian beliau terhadap Islam jika beliau bukan anti Islam.

3. Dewan Pemuda PAS Selangor mengecam sikap “melarikan diri” dengan membabitkan mahkamah dalam hal yang boleh diuruskan menerusi pendirian terbuka beliau serta perdebatan terbuka. Biar rakyat menilai. Biar medan debat merakamkan pendirian beliau dan DAP dalam isu Islam. Ini bukan isu picisan. Ini isu tunjang negara. Islam adalah agama rasmi Malaysia, ia tidak boleh diperkotak katikkan oleh mereka yang anti Islam.

HANAPI ZULKAPLI
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor

24 Jamadil Awal 1440H | 30 Januari 2019