Home Artikel PAS Johor

Program Ambang Tahun Baru 2018 PAS Kawasan Muar

1175
SHARE

 

MUAR – Sebelum menutup tirai tahun 2017, Pas Kawasan Muar bersama sayap dewan-dewannya telah mengadakan dua program yang berasingan pada 31 Disember 2017 yang lalu.

(1) PROGRAM RIBAT
TARBAWI PAS
KAWASAN MUAR 4.0

Melalui sayap Dewan Urusan Ulama Muar dan Lajnah Tarbiyah Pas Kawasan Muar, satu program telah diadakan di Markas Tarbiyah Pas Muar Parit Pechah. Program telah bermula pada jam 7.00 malam dengan solat maghrib berjemaah.

Penceramah undangan yg dijemput ialah Ustaz Khirul Muntazar Ismail, Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Negeri Johor dengan tajuk ceramahnya “Rasulullah Pemimpin Qudwah”.

(2) PROGRAM STREET
DAKWAH AMBANG
TAHUN BARU 2018

Program anjuran bersama Lajnah Dakwah DMPK Muar, Ameerah Muar, Lajnah Dakwah DPP Muar dengan kerjasama Briged Muslimat Muar, Jabatan Amal Muar dan ARC Muar ini telah diadakan di Tanjung Emas, Muar.

Konvoi terlebih dahulu telah berkumpul di Masjid Jamek Muar untuk menunaikan solat Isya’ berjemaah. Konvoi kemudian telah bergerak ke sekitar Tanjung Emas dengan mengedarkan risalah, token tahun baru, tazkirah jalanan 5 minit, selfie azam tahun baru dan juga culaan.

Diharapkan objektif untuk mendekatkan masyarakat kepada Islam dengan mengajak memperbaharui azam tahun baru dengan cara lebih membaiki hubungan dengan Allah akan tercapai.