Home Berita PAS Selangor

Program AD4C : Sumbangan kit bantuan makanan kepada 7 keluarga – JAMK Ampang

18
SHARE

May be an image of 1 person, standing and footwear

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA), menyatakan bahawa mereka akan meneruskan lagi usaha menyampaikan kit-kit bantuan makanan kepada yang memerlukan di bulan Julai ini. Alhamdulillah, menurut mereka pada bulan lepas 82 keluarga telah menerima bantuan makanan dan lebih 40 keluarga menerima bantuan susu dan pampers.

JAMK Ampang turut berterima kasih kepada para penyumbang yang telah banyak membantu sehingga mereka dapat konsisten menyediakan kit bantuan makanan bernilai RM50.00 setiap satu yang mengandungi lebih dari 12 jenis barang makanan dan juga keperluan susu serta pampers kepada penerima.

Penerima pertama pada kali ini adalah sepasang suami isteri yang telah dikeluarkan dari rumah sewa mereka akibat tunggakan sewa. Si suami yang kehilangan kerja akhirnya akur terpaksa membawa keluarga menumpang di Dewan Orang Ramai Bukit Indah. Menerima bantuan susu, pampers dan alatan mandi serta sabun mencuci baju.

Penerima kedua seorang pemandu teksi yang terjejas pendapatan akibat lockdown, Penerima ketiga ibu tunggal yang kehilangan kerja bersama 3 orang anak kecil dan Penerima keempat juga telah kehilangan kerja akibat pendamik ini. Kesemua mereka yang tinggal di Kg Lembah Jaya menerima kit bantuan makanan susu dan pampers untuk anak kecil mereka.

Penerima kelima dan keenam adalah warga emas yang terjejas pendapatan mereka akibat pendamik ini, menetap di kampung Lembah Jaya Selatan dan Penerima ketujuh seorang pemuda yatim piatu yang menjaga adik beradik beliau di Taman Mulia Jaya. Setiap dari mereka menerima kit bantuan makanan asas.

Kepada yang ingin membantu mereka yang memerlukan boleh berbuat demikian ke akaun berikut :-

No Akaun : 860 443 7662
Nama : JAM AMPANG VENTURES
Bank : CIMB ISLAMIC BANK

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor