Home Berita PAS Selangor

Laporan harian aktiviti kebajikan KRCAMALSELANGOR – PAS Kawasan Kota Raja

15
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kota Raja | PAS Kawasan Kota Raja melalui NGO KRCAMALSELANGOR sangat bergiat aktif dalam aktiviti kebajikan membantu rakyat atau penduduk yang dalam kesusahan. Aktiviti kebajikan mereka yang sudah menjadi rutin harian masih berterusan tanpa henti.

1. Program Sumbangan Prihatin PKPD bersama JMB Sentosa Villa, KRCAMALSELANGOR dan NGO KASEH, sebanyak 15 pek sumbangan diagihkan bersama Pengerusi JMB Sentosa Villa untuk mereka yang memerlukan.
Pihak KRCAMALSELANGOR sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana pihak untuk memastikan program kebajikan menepati sasaran penerima sebenar yang benar-benar layak di sesuatu tempat dan pastinya pimpinan komuniti setempat adalah lebih arif.

May be an image of 2 people2. Pusat Operasi Bantuan Kompleks KRCAMALSELANGOR turut menerima kedatangan 3 pemohon dan mereka telah menerima sumbangan masing-masing yang berbentuk bekalan makanan asas.

3. Edaran 100 pek makanan siap bermasak DapurAmal KRCAMALSELANGOR setiap Khamis akan berprogram di DUN Selat Klang bersama Ikon Kebajikan, Dr Hjh Halimah Ali.

Jom terus membantu KRCAMALSELANGOR memasyarakatkan PAS melalui program kebajikan sepanjang tahun. InsyaAllah, hasil sumbangan orang ramai akan digunakan bagi tujuan melaksanakan program-program kebajikan berkenaan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor