Home Berita PAS Selangor

Program AD4C : Sumbangan kit bantuan makanan kepada 6 keluarga – JAMK Ampang

22
SHARE

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Pergerakan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) dalam menyampaikan kit bantuan makanan asas kepada yang memerlukan masih diteruskan setakat ini. Syukur dan ucapan ribuan terima kasih mereka ucapkan kepada semua yang telah menyumbang bagi menggerakan Program AD4C ini.

Memetik kenyataan JAMK Ampang, sebanyak 6 buah keluarga yang membuat permohonan telah menerima kit bantuan makanan setelah diluluskan dan menjadikan sebanyak 26 buah keluarga yang telah menerima bantuan setakat tujuh hari pertama bulan Julai ini.

Sumbangan pada kali ini telah disampaikan oleh Timbalan Komandan JAMKA Tuan Haji Mohamad Fadzil dan dibantu oleh 2 anggota JAMKA Capten Zainan dan Nik Izme Afendy.

Seramai tiga penerima iaitu pasangan suami isteri yang mempunyai anak yang masih kecil menyewa rumah di Kampung Lembah Jaya Selatan di antara RM400-600 sebulan. Mereka telah membuat permohonan akibat ketiadaan kerja dan pendapatan ketika Lockdown ini. Setiap dari mereka menerima kit bantuan makanan dan bantuan susu serta pampers untuk anak-anak mereka.

Tiga lagi penerima adalah permohonan yang telah memohon dari luar kawasan Ampang. Setiap dari mereka menerima 1 kit bantuan makanan. Dan alhamdulillah setakat ini kami masih mengekalkan 12 hingga 15 jenis barang makanan untuk setiap kit dan bantuan susu dan pampers bagi mereka yang memerlukan.

Bagi yang ingin menyumbang bagi membantu mereka yang memerlukan boleh berbuat demikian ke akaun :-

No Akaun : 8604437662
Nama : JAM AMPANG VENTURES
Bank : CIMB ISLAMIC BANK

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor