Home Berita PAS Selangor

Pulau Indah menjadi sasaran Khidmat Malaysia Klang – PAS Kawasan Klang

30
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

Klang | Pulau Indah atau nama lamanya, Pulau Lumut adalah sebuah pulau Selat Melaka yang terletak di pintu masuk Pelabuhan Klang. Di sini terdapat 4 buah kampung, antara aktiviti paling terkenal disini adalah memancing. Keluasan pulau adalah 1445.35 ekar dan 47 peratus kawasan pulau ini adalah paya bakau.

Pada hari ini, Khidmat Malaysia Klang dengan kerjasama NGO Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (KASEH), Bakewanis, Ummah Care, KRC, Pondok Motivasi, dan Yayasan Amal meneruskan kerja-kerja kebajikan di sekitar Pulau Indah, Flat Samudera dan Kampung Perigi Nenas dengan bantuan bekalan keperluan harian sebanyak 30 bungkusan.

Saudara Ahmad Nizam Chek, 45, Ketua Cawangan PAS Pulau Indah berkata, “Para penerima berterima kasih dengan bantuan yang diberikan. Walaupun ianya tidaklah seberapa namun dengan pemberian ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban dalam mengadapi kehidupan dalam norma baharu.

Penyelaras Khidmat Malaysia Klang, Ustaz Khalid berkata, “saya bersyukur kerana Klang kini telah keluar dari zon Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerja-kerja kebajikan boleh dilipat kali ganda bagi membantu lebih ramai orang lagi”.

Program di Pulau Indah berakhir sekitar jam 12.30 tengahari.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor