Home Berita PAS Selangor

Sumbangan kepada mereka yang terjejas – Naib Ketua Pemuda PAS Selangor

30
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Pergerakan Team Syabab Care Malaysia diteruskan lagi dengan lebih kerap dan konsisten berikutan bilangan pemohon yang meningkat dari masa ke semasa. Tugas pertubuhan kebajikan seperti mereka ini adalah tidak lain tidak bukan, membantu dan membela nasib mereka yang memerlukan bantuan. Dengan kes Covid-19 yang semakin meningkat ini ramai turut terjejas dengannya.

Syabab Care Malaysia diwakili Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, Muhammad Fadzli Abu Bakar menyatakan, Team Syabab Care telah menyampaikan sumbangan kepada seorang individu dan sebuah keluarga yang terputus sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19. Diberhentikan kerja sepanjang PKP. Tiada sumber untuk sara keluarga. Mujur tuan rumah sewa bersimpati bagi tinggal di rumah yang sudah berbulan-bulan tertunggak bayaran sewa.

Tiada tempat lagi untuk merayu mohon sumbangan, lalu keluarga-keluarga tersebut ada berhubung dengan Team Syabab Care untuk bantuan kerana pendapatan tidak cukup untuk perbelanjaan keluarga. Bersimpati dengan apa yang berlaku, Team Syabab Care segera membantu sediakan barangan keperluan harian. “Alhamdulillah, ada rezeki untuk mereka, dapat kami serahkan sumbangan barang-barang keperluan harian kepada mereka”, sambung beliau lagi

Semoga dengan sumbangan hasil infaq orang ramai dapat meringankan bebanan keluarga ini di musim pandemik Covid-19. “Ayuh menyumbang bersama kami. Anda sumbang, kami sampaikan. Terima kasih kepada yang telah menyumbang. Besar pahala mereka yang meninfaqkan harta membantu golongan susah” akhir kata beliau.

“Anda sumbang, Kami sampaikan”

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Bank : MAYBANK ISLAMIC
Akaun : PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN & KEBAJIKAN
No Akaun : 562209653403

Atau anda boleh klik :
Terima kasih atas keperihatinan anda. Sila WhatsApp slip transaksi sumbangan anda ke 016-2259002 untuk record.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor