Home Berita PAS Selangor

Program AD4C : Sumbangan kit bantuan makanan kepada 5 keluarga – JAMK Ampang

21
SHARE

May be an image of 2 people and people standing

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Aktiviti Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) dalam membantu masyarakat dengan menyampaikan sumbangan makanan kepada beberapa buah keluarga yang memerlukan masih diteruskan lagi sepanjang musim PKP 3.0 ini. Timbalan Komandan JAMKA Haji Mohamad Fadzil telah membuat serahan sumbangan tersebut.

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah menyumbang samada dalam bentuk barangan makanan atau wang tunai yang membolehkan mereka menyediakan lagi 17 kit bantuan makanan asas yang bernilai RM50.00 setiap satu dengan 15 jenis barang makanan seperti beras 5kg, gula, tepung, minyak masak, garam, biskut, teh, kopi, kicap, sohun, mi segera, sardin, barli, serbuk kunyit dan bihun.

Penerima pertama adalah sebuah keluarga berbangsa India yang menyewa di Kg Tasek Permai. Beliau yang belum berkahwin menyara dan tinggal bersama ibu yang sudah tua dan seorang kakak berstatus ibu tunggal bersama 2 orang anak saudara telah menerima 1 kit bantuan makanan.

Penerima kedua seorang ibu tunggal kepada seorang anak kecil menyewa bersama dua orang adik di Pangsapuri Merdeka Villa, Ampang dan hanya dua dari mereka yang masih berkerja dengan pendapatan sekitar RM1200.00 sebulan. Menerima 1 Kit Bantuan Makanan dan 1 pek susu untuk anak kecil.

Penerima ketiga seorang suami yang telah kehilangan kerja sejak PKP1 dan si isteri berkerja sebagai admin berpendapatan RM1600.00 sebulan. Menyewa bersama 4 orang anak yang masih kecil di Kg Bukit Sungai Putih, Ampang. Menerima 1 kit bantuan makanan dan 1 pek pampers serta 1 pek susu bayi.

Penerima keempat yang menyewa di Flat Taman Mulia Jaya dan penerima kelima yang menyewa di Kg Ampang Indah. Kedua-dua keluarga ini telah kehilangan pendapatan kerana telah diberhentikan kerja akibat pandemik Covid-19 ini. Masing-masing telah menerima 1 kit bantuan makanan asas.

Kepada yang ingin menyumbang bagi membantu mereka yang memerlukan boleh dibuat ke akaun berikut :-

No Akaun: 8604427663
Nama: JAM AMPANG VENTRUES
Bank: CIMB ISLAMIC BANK

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor