Home Berita PAS Selangor

PAS Tanjong Karang serah sumbangan bantuan kilat – YDP PAS kawasan Tanjong Karang

8
SHARE

May be an image of 2 people, people sitting, people standing, outdoors and tree

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Tanjong Karang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Tanjong Karang | PAS Kawasan Tanjong Karang telah menyampaikan sedikit sumbangan bantuan kilat buat Puan Saniah yang merupakan balu kepada seorang ajk PAS cawangan Kampung Sungai Yu saudara Jamsari Bin Zainuddin yang telah kembali kerahmatullah tempoh hari.

Sumbangan berupa kutipan kilat oleh ahli-ahli PAS kawasan dan keperluan makanan asas yang diserahkan sendiri oleh YDP PAS kawasan Tanjong Karang iaitu Ustaz Dr. Zamri Zainuldin bersama ketua PAS cawangan Sungai Yu Ustaz Dul Jalil.

Semoga dengan sedikit pemberian ini dapat mengubat hati ahli keluarga beliau dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka, InshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor