Home Berita PAS Selangor

Panggilan kecemasan terputus bekalan makanan dan susu anak – PAS Kawasan Hulu Langat

11
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Langat

Oleh : Umar Al-Hayawi

Hulu Langat | Pada masa kini, semakin hari semakin ramai orang yang memerlukan bantuan kerana kehabisan segala stok makanan dan terjejas sumber pendapatan disebablan oleh pandemik Covid-19 dan PKP 3.0. Namun, semakin hari bertambah juga mereka yang membantu memberikan sumbangan dan makanan asas untuk mereka yang memerlukan dibawah NGO-NGO dan parti.

Memetik kenyataan PAS Kawasan Hulu Langat yang menceritakan, mereka telah mendapat panggilan telefon daripada pengurus PASTI kawasan bahawa terdapat keluarga yang kehabisan bekalan makanan dan susu anak dan Team Kebajikan PAS Hulu Langat terus bergegas ke Apartment Nuri untuk menghantar bekalan makanan, susu dan lampin pakai buang kepada keluarga tersebut.

Setelah menzirahi dan berbual PAS Hulu Langat memberitahu bahawa, Si isteri sedang menderita barah otak manakala Si suami baru sahaja diberhentikan kerja akibat syarikat tidak mampu menanggung operasi dan seorang lagi anak mereka yang berumur 3 tahun pula diuji masalah mata.

“Kita sangka kita susah dikepung pandemik, rupa-rupanya ada lagi yang lebih terduga. Semoga keluarga ini tabah menghadapi dugaan dan ujian dari Allah. Harapan kami sumbangan kami yang tidak seberapa ini dapat meringankan bebanan mereka” mengakhiri kenyataan PAS Kawasan Hulu Langat.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor