Home Berita PAS Selangor

Program AD4C : Sumbangan kit bantuan makanan kepada 5 keluarga – JAMK Ampang

23
SHARE

May be an image of standing

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Aktiviti Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) dalam menyampaikan bantuan diteruskan lagi pada kali ini menjadikan jumlah penerima untuk tiga hari pertama bulan Julai ini berjumlah sebanyak 12 keluarga. JAMK Ampang menyatakan rasa syukur kepada ilahi kerana masih memberi mereka peluang untuk melaksanakan kerja-kerja amal di kawasan Ampang ini.

Penerima pertama merupakan seorang ayah yang hanya mencari rezeki dengan berniaga secara kecil-kecilan dan telah terjejas pendapatan beliau. Menyewa bersama isteri dan 5 orang anak di Taman Wawasan, Bukit Ampang. Menerima 1 kit bantuan makanan.

Penerima kedua seorang ibu tunggal bersama 2 org anak yg masih kecil menumpang di rumah ibu bapa beliau di Kg Dato Mufti, Ampang. Telah kehilangan kerja akibat pandemik ini. Menerima 1 kit bantuan makanan dan bantuan pampers serta susu.

Penerima ketiga dan keempat kedua-dua ayah ini yang tinggal di Kg Lembah Jaya, Ampang. Telah terjejas teruk pendapatan mereka akibat ketiadaan kerja yang tetap. Setiap dari mereka menerima 1 kit bantuan makanan dan bantuan susu serta pampers untuk anak-anak mereka.

Penerima kelima si suami yang berkerja sebagai pemandu lori telah hilang pendapatan akibat tiada kerja ketika PKPD ini dan si isteri yang bekerja kilang juga tidak dapat berkerja akibat kilang tempat beliau berkerja ditutup ketika PKPD ini. Menerima 1 kit bantuan makanan dan bantuan pampers serta susu.

Bagi anda yang ingin membantu mereka yang memerlukan boleh berbuat demikian dengan menyumbang ke akaun berikut :-

No Akaun : 8604437662
Nama : JAM AMPANG VENTURES
Bank : CIMB ISLAMIC BANK

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor