Home Berita PAS Selangor

DHPP Selangor menyampaikan sumbangan bakul makanan di Puchong – Naib Ketua DHPP Selangor

28
SHARE

May be an image of standing and outdoors

“PAS For All” | Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Puchong | Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Selangor melalui DHPP Kawasan Puchong telah menggerakkan kerja-kerja kebajikan menyantuni masyarakat memerlukan. Ekoran kedudukan ekonomi tidak menentu akibat Covid-19 dan PKPD di Selangor.

Naib Ketua DHPP Selangor Saudara P.Francis yang juga merupakan Ketua DHPP Puchong telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada mereka memerlukan yang tinggal di kawasan Puchong. Seramai 5 keluarga telah disantuni yang rata-rata mereka terjejas daripada bekerja akibat pandemik Covid-19 ini.

Dengan sumbangan yang telah disampaikan dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung. DHPP berusaha melebar luas jaringan maklumat untuk mengesan individu dan keluarga yang berhajat kepada bantuan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor