Home Berita PAS Selangor

DHPP santuni masyarakat di Sungai Buloh – Ketua DHPP Sungai Buloh

8
SHARE

May be an image of 2 people, people standing, outdoors and text that says "SK"

“PAS For All” | Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Sungai Buloh | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor telah menyediakan sumbangan Bakul Makanan untuk diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan. Sumbangan dari orang ramai dapat disalurkan dalam bentuk ‘food basket’.

Naib Ketua DHPP Selangor Saudara Shandramogan yang juga merupakan Ketua DHPP Sungai Buloh telah menerima ‘food basket’ tersebut bagi mewakili PAS Selangor untuk diserahkan kepada mereka yang berhajat. Masyarakat Kaum India yang tinggal di Dun Paya Jaras telah disantuni dengan keperluan makanan yang telah disumbangkan.

Menurut Saudara Shandramogan, seramai 6 keluarga telah disantuni yang rata-rata mereka berhajat dan memerlukan bantuan lebih-lebih lagi bantuan dalam bentuk keperluan makanan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor