“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Ampang | Para anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) telah mencuba yang terbaik dalam membantu masyarakat yang memerlukan ketika fenomena pandemik Covid-19 yang semakin teruk saban hari. Walau bagaimana pun kami hanya manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesilapan atas kekurangan dari pihak kami.
Jabatan Amal Ampang menyatakan bahawa, kekurangan tenaga kerja sukarelawan adalah antara penyebab mereka tidak dapat bergerak dengan baik selain dana yang tidak mencukupi bagi memenuhi permohonan yang bertambah setiap hari. Apa pun mereka akan cuba buat yang terbaik untuk membantu masyarakat di Ampang.
Penerima pertama merupakan sepasang suami isteri yang menyewa 2 buah bilik di Ampang Jaya, tinggal bersama 5 orang anak yang berumur 2 hingga 15 tahun dan si bongsu menghidapi eczema. Si suami yang berkerja sebagai “Security Guard” dengan pendapatan RM1200.00 sebulan telah menerima 1 kit bantuan makanan asas.
Penerima kedua si suami yang kehilangan kerja sebagai buruh binaan dan si isteri hanya sebagai suri rumah, menyewa di Flat Ampang Saujana bersama 2 orang anak yang masih belajar dan telah menerima 1 kit bantuan makanan.
Penerima ketiga sepasang suami yang menumpang di rumah ibu bapa si isteri bersama anak-anak di Flat Ampang Saujana. Si suami yang hanya mendapat gaji basic sebanyak RM900 akibat pandemik Covid-19 ini. Mereka telah menerima 1 kit bantuan makanan.
Penerima keempat seorang pemuda yang telah dicutikan tanpa gaji telah memohon bantuan kerana si ayah yang tidak berkerja setelah telah jatuh sakit dan si ibu suri rumah sepenuh masa dan mempunyai adik yang masih bersekolah. Mereka yang tinggal di Kg Muhibbah Lembah Jaya telah menerima 1 kit bantuan makanan.
Penerima kelima si isteri bersama 4 orang anak yang masih kecil tinggal bersama si ibu yang juga suri rumah. Ayah dan adik telah kehilangan kerja sejak pandemik Covid-19 ini bermula. Mereka sekeluarga menyewa di Flat Taman Ampang Mewah dengan kadar sewaan sebanyak RM600 sebulan dan telah menerima 1 kit bantuan makanan, 1 pek pampers dan 1 tin milo.
Kepada yang ingin membantu mereka yang memerlukan bolehlah berbuat demikian di akaun berikut:-
No Akaun : 8604437662
Nama : JAM AMPANG VENTURES
Bank : CIMB ISLAMIC BANK
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor