Home Berita PAS Selangor

Pupuk amalan mulia, perhatikan jiran tetangga – Ketua Penerangan PAS Selangor

9
SHARE

May be an image of text that says "PASSELANGOR D S MUTILAMSEULAIA. S Pupuk AMALAN MULIA "Perhatikan Jiran Tetangga' Kesenangan Dikongsi Bersama Kesusahan Dirasai Bersama KESELAMATAN MINUMAN + MAKANAN KESIHATAN KEPERLUAN Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah disebut MUKMIN orang yang kenyang sedangkan jiran tetangga di sampingnya kelaparan.' Riwayat Bukhari #AllahJagaKita #BudayaPolitikMatangdanSejahtera #tersstiqomah LAJNAH PENERANGAN & MEDIA BARU BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR #Demilslam #IslamMemimpinPerpaduan"

Dari Meja Ketua Penerangan PAS Selangor | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Us. Syarhan Humaizi Halim
Ketua Penerangan PAS Selangor

Di saat pandemik melanda negara, rata-rata dikalangan masyarakat baik pimpinan negara mahupun rakyat biasa sudah pasti berdepan dengan kesusahan dan kesulitan mengikut keadaan masing-masing. Tiada yang pinta apatah lagi bergembira dengan musibah yang dihadapi. Kaedah berdepan dengan kesulitan ini berbeza antara satu sama lain. Namun semua lapisan struktur dalam negara berusaha untuk menyelesaikan kemelut ini.

Di dalam Islam, perkara begini amat dititik beratkan. Bahkan bagi menghadapi kesulitan, kemudharatan dan ‘masyaqqah’ dalam kehidupan lebih-lebih lagi akibat wabak pandemik melanda, Islam sangat mengajar secara detail bagi merungkai keadaan ini.

Memetik tulisan terbaru Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang bertajuk “Menolak Mudharat, Kewajiban Bersama”, Tuan Guru memulakannya dengan membawa sepotong Hadith Nabi SAW :
Sabda Rasulullah SAW:

‌لَا ‌ضَرَرَ ‌وَلَا ‌ضِرَارَ.

“Jangan lakukan perkara yang mendatangkan mudarat dan menyebabkan kemudaratan kepada orang lain.” (Riwayat Ahmad 2865, Ibn Majah 2341 dan lain-lain)

Tuan Guru menyatakan bahawa hikmah daripada sabda Rasulullah SAW kepada umatnya dan seluruh manusia yang hidup bermasyarakat secara fitrah (naluri). Maka, seseorang manusia itu tidak seharusnya bersikap mementingkan diri, keluarga dan kaumnya sahaja, bahkan mereka wajib menjaga orang lain di sekelilingnya.

Semua pihak dalam negara wajar menyambut saranan yang diberikan oleh Nabi SAW tersebut. Pihak kerajaan sedang berusaha sedaya mungkin. Pihak parti politik perlu menghentikan sengketa dan politinking yang melampau serta memberi fokus kepada keselamatan dan kebajikan rakyat. NGO-NGO berganding bahu turun disegenap ceruk dengan membawa bantuan. Inilah amalan mulia yang perlu dipupuk. Kesenangan dikongsi bersama, kesusahan dirasai bersama.

Tidak ketinggalan juga dikalangan kejiranan. Perhatikan jiran tetangga dengan bertanya khabar keluarga tentang makan minum, keperluan dan kesihatan mereka. Ini dianjur oleh agama. Letak tepi dahulu perbezaan latar belakang, fahaman politik dan titik bengit lampau yang tiada kesudahan. Tumpukan penggemblengan tenaga, dengan masing-masing ambil berat antara satu sama lain. Semoga kehidupan bertambah berkat dan amalan mulia ini dibalas dengan cara Allah SWT mengangkat wabak pandemik COVID-19 ini.

20 Zulkaedah 1442H | 1 Julai 2021

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor