Home Berita PAS Selangor

Program AD4C : Sumbangan kit bantuan makanan kepada 3 keluarga – JAMK Ampang

58
SHARE

May be an image of motorcycle

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Secara sedar atau tidak, aktiviti Program AD4C daripada Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) pada bulan Jun yang masih berbaki beberapa hari lagi ini,telah berjaya menyampaikan bantuan kepada 55 buah keluarga. Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang juga menyatakan, mereka akan teruskan usaha untuk membantu selagi mana ada sumbangan daripada orang ramai.

Kesemua 55 penerima telah mendapat kit bantuan makanan dan sebahagian mereka yang memiliki bayi kecil telah menerima pek susu bayi dan pampers, bermula daripada 1 Jun 2021 selari dengan bermulanya penguatkuasaan PKP 3.0 sehingga kini dan pada kali ini sumbangan telah diberi kepada 3 buah keluarga yang disampaikan oleh Timbalan Komandan JAMKA Haji Mohamad Fadzil.

Penerima pertama yang menyewa di Flat Taman Mulia Jaya, Ampang (RM700.00 sebulan) bersama anak kecil beliau telah menerima 1 kit bantuan makanan dan 1 pek susu serta 1 pek pampers.

Penerima kedua si suami yang telah kehilangan kerja dan si isteri suri rumah sepenuh masa menyewa di Kampung Tasek Permai, Ampang. Mempunyai 5 orang anak berumur 1 hingga 14 tahun. Menerima 1 kit bantuan makanan, 1 pek susu dan 1 pek pampers.

Penerima ketiga seorang ibu yang sudah tua mempunyai sakit kronik dijaga oleh seorang anak lelaki yang baru kehilangan kerja. Menyewa di Kampung Indah, Ampang. Telah menerima 1 kit bantuan makanan.

Semoga yang telah menyumbang dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan kerana telah memudahkan urusan orang lain. Kepada yang ingin membantu mereka yang memerlukan boleh berbuat demikian di akaun berikut ;-

No Akaun: 8604427663
Nama: JAM AMPANG VENTURES
Bank: CIMB ISLAMIC BANK

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor