Home Berita PAS Selangor

Khidmat Malaysia Petaling Jaya bersama NGO membantu rakyat – Pengarah JAMNS

5
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Petaling Jaya | Terdapat banyak NGO-NGO yang terus menerus membantu rakyat yang memerlukan dalam mengharungi pandemik Covid-19 yang melanda negara kita, antaranya adalah NGO Khidmat Malaysia. Tidak kira di peringkat kawasan atau negeri, Khidmat Malaysia terus maju dalam aktiviti kebajikan mereka secara harian.

Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor Tuan Shehdi Hazrik Shamsuddin mengkalungkan ucapan tahniah buat Khidmat Malaysia Kawasan Petaling Jaya bersama NGO-NGO dibawah penyelarasan Khidmat Malaysia yang telah mengambil inisiatif membantu pemandu-pemandu bas sekolah yang sudah pastinya mereka terjejas pendapatan apabila sekolah-sekolah ditutup.

Pengerusi Khidmat Malaysia Kawasan Petaling Jaya Tuan Pohat, memaklumkan bahawa sehingga hari ini sejumlah RM11,400.00 telah diserahkan kepada 374 penerima yang terkesan akibat pandemik wabak Covid-19 ini.

“Terus membantu rakyat”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor