Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Produk Muslim Bantu Tingkat Ekonomi Orang Islam

2482
SHARE

Produk Muslim Bantu Tingkat Ekonomi Orang Islam

2 April, Kuala Lumpur : Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh hadir sebagai tetamu kehormat Pelancaran ‘Kempen Beli Produk Muslim’ anjuran bersama Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia Berhad, UMMAH dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Tuan Hashim bin Salleh. Ustazah Nuridah juga turut dijemput untuk menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman bersama beberapa pengusaha produk Muslim yang hadir.

Menurut beliau, usaha ini mesti disokong dan didokong sepenuhnya seluruh rakyat Malaysia terutamanya umat Islam.
Kempen Beli Produk Muslim merupakan satu inisiatif untuk membantu ekonomi umat Islam.

Malah katanya lagi, dalam masa yang sama memastikan produk yang dibeli terjamin kebersihan dan status halalnya.

Selepas majlis pelancaran tamat, Ustazah Nuridah berkesempatan untuk melawat tapak-tapak pameran di samping mendengar taklimat berkaitan produk Muslim yang terlibat.