Muhasabah Kemenangan
Pilihanraya Negeri Sabah baru sahaja selesai. Keputusannya seperti yang kita telah maklum.
Kekalahan kepada Parti Warisan yang sebelum ini kononnya mampu memberi saingan sengit.
Kekebalan DAP ditempat yang ditandingi perlu diperhalusi dan dikaji.
Kehilangan 10% undi kepada BN dan meningkatnya 10% undi kepada PN. Semua telah dianalisa dengan agak terperinci dan keputusannya telah jelas nyata.
Ramai yang memberi pandangan melalui sudut pandang yang berbeza², memberi ilmu tambahan bagi kita yang jarang terdedah dengan analisis data.
Kepentingan kita berpolitik SEKARANG adalah untuk memastikan survival MELAYU ISLAM. Survival individu, parti tertentu, perebutan kuasa ketika ini hanya menambah lemah kuasa melayu Islam itu sendiri. Disinilah titik persamaan yang perlu diketengah dan diutamakan, atau kita bakal menghadapi sekali lagi kegagalan – kegagalan survival Melayu Islam.
Kita kena belajar untuk mengutamakan yang utama, berkongsi dan berlapang dada. Naiknya kita dengan jatuhnya Melayu, merupakan pengkhianatan yang wajib dielakkan.
Ustaz Aireroshairi Roslan
TKP DPPN PAHANG
27092020
Muhasabah KemenanganPilihanraya Negeri Sabah baru sahaja selesai. Keputusannya seperti yang kita telah…
Posted by Ustaz Aireroshairi bin Roslan – UAR on Sunday, September 27, 2020