Home Artikel PAS Pahang

PASTI anjur kursus pengurusan perundangan

343
SHARE

BANDAR JENGKA : Seramai 164 orang peserta taklimat pengurusan yang terdiri daripada Kalangan pengurus PASTI cawangan,pengerusi PASTI kawasan Ahli Majlis Guru PASTI dari seluruh Negeri Pahang dan ALP PASTI PAHANG telah mengikuti Taklimat Pengurusan dan Perundangan PASTI Malaysia di sini,hari ini.

Program separuh hari itu bermula dengan Taklimat Buku Manual Pengurusan PASTI yang baru dikemaskini oleh Encik Damanhuri Bin Dol ,Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pengurusan & Pentadbiran).
Turut dibentangkan di dalam pengisian program tersebut ialah Taklimat Perundangan oleh Encik Noorhisham bin Abdullah selaku Penasihat Undang-Undang. Manakala Pengisian taklimat berkaitan Kit Penerangan PASTI oleh Encik Abdul Azim Bin Abu Ziden Pengarah Komuniti PASTI MALAYSIA dan juga penerangan mengenai Sistem pengurusan PASTI Malaysia (E-PASTI) pendaftaran Atas Talian turut diisi oleh Ustaz Mohd Shukri Bin Ismail, Pengarah ICT PASTI Malaysia .

Program menjadi lebih bermakna dengan perbincangan dua hala dalam Sesi Dialog dan Soal Jawab telah di adakan antara peserta dan juga Ahli-Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia.

Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Ustaz Syarhan Humaizi bin Halim, dalam ucapan perasmian, beliau menekankan kepentingan menjalankan operasi PASTI mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh PASTI Malaysia. Pihak PASTI Malaysia telah mengambil pendekatan yang teliti untuk memastikan PASTI-PASTI di setiap peringkat dapat beroperasi mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

Tambahnya lagi, pengurusan PASTI di setiap peringkat juga perlu memberi penekanan terhadap kebajikan guru-guru. “Terdapat pelbagai cara untuk kita memberikan kebajikan kepada guru-guru kita selain daripada bentuk kewangan. Pihak pengurusan dapat menyediakan prasarana terbaik kepada guru-guru di PASTI masing-masing, memberikan tajaan kepada guru untuk berkursus, menunaikan umrah dan sebagainya.

“Pihak PASTI Malaysia juga bersedia mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi membantu guru-guru PASTI di dalam perkara-perkara kebajikan.

Tambahnya, PASTI Malaysia juga telah merangka satu program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak di bawah kelolaan Institusi Pengajian PASTI Malaysia bagi meningkatkan kualiti dan ilmu tentang pendidikan awal kanak-kanak di kalangan guru-guru PASTI di seluruh Malaysia.