Home Artikel PAS Pahang

Pemuda PAS Pahang siap sedia hadapi pru15

441
SHARE

Alhamdulillah, tamat Tamrin Qiyadi Dewan Pemuda PAS Pahang yang berlangsung selama 2 hari 1 malam bermula 26/9 sehingga 27/9 dengan jadual dan pengisian yang padat.

Pelan Tindakan Strategik Pemuda PAS Pahang berfokus kepada PRU-15 telah berjaya dibentuk.

InsyaAllah jentera pemuda sudah bersiap sedia jika semboyan dilaungkan ketika ini.

Tamrin kali ini membentang 3 slot pengisian thaqafah, 2 slot pembentangan pengurusan, 1 slot modul kepimpinan yang dapat dilaksanakan pada Tamrin Qiyadi Pemuda Negeri PAS Pahang kali ini.

Alhamdulillah, 98.5% kehadiran peserta duduk bersama sehingga ke akhir program. Semoga Allah merahmati para pemuda yang berjuang, memberkati kita semua, mengurniakan kekuatan pada kita semua untuk terus memikul tanggungjawab membawa agama Allah.