Home Berita PAS Pulau Pinang

PAS Nibong Tebal bantu maahad yang mengalami litar pintas

38
SHARE

Oleh NAZRI ABD HAMID

NIBONG TEBAL, 1 NOVEMBER – PAS Kawasan Nibong Tebal hulurkan bantuan awal dengan memberi sumbangan khas kepada Maahad Tahfiz Al Quran Syatibbiyyah Junjung di sini kelmarin.

Yang Dipertua PAS Kawasan Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff berkata, beliau berharap dengan sedikit sumbangan itu dapat meringankan bebanan pihak pengurusan maahad dan kebersamaan mereka bersama pihak maahad dalam mengharungi ujian itu.

Mudir Hady Ismail berkata, “Pada minggu lalu berlaku kejadian litar pintas di maahad setelah berlaku panah petir.”

“Banyak peralatan elektrik rosak antaranya PA sistem, komputer, peralatan pejabat, sebuah studio, enam buah penghawa dingin dan pendawaian elektrik di asrama dan di pejabat maahad.”

“Kejadian itu menyebabkan maahad mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM67,000”, kata beliau.

Hady Ismail berkata, mereka amat memerlukan bantuan infaq dan wakaf dari orang ramai untuk memperbaiki dengan kadar segera demi kelangsungan pengajian anak-anak didik mereka.

Turut hadir dalam pertemuan itu Naib YDP Zulazhar Mohamad, Bendahari Mohd Rizal Md Radzi, Ketua Penerangan Mazli Salleh, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan dan AJK PAS Kawasan Suhaimi Ahmad.

Nor Zamri berkata, antara bersamanya juga Pengerusi Surau Annur Bosch Bayan Lepas, Nor Rofaizi Romli juga hadir menyampaikan sumbangan dari warga kilang kepada Maahad Tahfiz Al Quran Syatibbiyyah dan Sekolah Rendah Islam Raudhatul Jannah di sini.

“Sebarang bantuan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 552031104715 di atas nama Maahad Tahfiz Al Quran Syatibbiyyah”, ujar beliau.