Home Berita PAS Johor

PRN Johor : Langsung dari Pulai Sebatang

657
SHARE

Oleh ABU HADIF

PONTIAN, 26 Feb : Calon Perikatan Nasional N54 Pulai Sebatang, Ustaz Abdullah Husin kelihatan mula memasuki Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, pada jam 8.50 pagi ini, di sini.

Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Johor turut diiringi Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Awang Hashim sebelum memasuki pusat berkenaan.

Ustaz Abdullah dijangka akan bertembung dengan Speaker DUN Johor, Suhaizan Kayat dari Pakatan Harapan dan Hasruniza Hassan (BN) yang menyaksikan ketiga-tiga calon merupakan muka baru yang dicalonkan bertanding di DUN ini berdasarkan pengumuman calon yang telah dibuat oleh kedua-dua parti itu baru-baru ini.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14, DUN Pulai Sebatang dimenangi oleh calon PKR, Taqiuddin Cheman dengan majoriti 3,395 undi selepas memperolehi 14,507 undi mengalahkan calon PAS, Dr Baharom Mohamad (2,975 undi) dan calon BN, Datuk Tee Siew Kiong (11,112 undi).

Pakatan Harapan telah membentuk kerajaan setelah memenangi 36 kerusi pada PRU ke-14 yang lepas, manakala BN memperolehi 19 kerusi sementara PAS pula mendapat satu kerusi daripada 56 kerusi keseluruhan di dalam Dewan Undangan Negeri Johor dengan sebanyak 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan secara majoriti mudah.

DUN Johor dibubarkan secara rasmi pada 22 Januari lepas dengan perkenan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar selepas baginda menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkaitan perkara itu di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada hari yang sama.