Home Berita PAS Johor

PRN Johor : Cikgu Mala azam perkasa sekolah pendidikan khas

246
SHARE

Oleh : NUR ‘IFFAH

SEKIJANG, 4 Mac : Jiwa seorang guru yang masih berbekas di dalam diri calon DUN N04 Kemelah menjadikan Cikgu Mala sentiasa berazam untuk membantu memperkasakan sistem pendidikan khasnya di sekolah pendidikan khas.

Beliau yang juga merupakan bekas jurulatih utama pemulihan khas kebangsaan memandang serius kebajikan pelajar terutamanya mereka yang cacat penglihatan, kurang pendengaran, ‘slow learner’ dan sebagainya.

“Pengalaman mendidik pelajar dari aliran khas membuatkan saya melihat bahawasanya anak-anak ini memiliki potensi yang sangat besar dalam pelbagai aspek.

“Saya amat yakin bahawa hanya dengan ilmu saja yang dapat mengubah serta mengangkat keadaan sesuatu masyarakat kepada suatu kehidupan yang lebih baik dan saya akui di Johor, kita sangat kekurangan pusat pendidikan yang khusus untuk anak-anak yang berkeperluan khas,” katanya dalam segmen bersama calon di Nasi Himpit, Kuah Lodeh yang bersiaran secara dalam talian di laman facebook beliau hari ini.

Menurutnya lagi, antara perkara yang boleh dilaksanakan adalah menambah bilangan institusi pendidikan khas di negeri ini bagi membolehkan lebih ramai pelajar mendapat pendidikan yang sempurna.

“Justeru, saya amat berhasrat untuk menubuhkan lebih banyak institusi atau pusat pembelajaran untuk anak-anak ini memiliki satu rangka masa hadapan yang cerah InsyaAllah,” berikut ujar beliau dalam segmen bersama calon di Nasi Himpit, Kuah Lodeh di Facebook page, Normala Sudirman.