Home Berita PAS Johor

PRN Johor: Angin perubahan mulai terasa

345
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

PONTIAN, 1 Mac: Ketika fasa kempen semakin hangat, kecenderungan pengundi di kerusi N.54 Pulai Sebatang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat mula menunjukkan perubahan.

Di beberapa lokasi yang dikunjungi calon Perikatan Nasional (PN) Ustaz Abdullah Husin, beberapa orang pengundi yang ditemui menyatakan hasrat untuk mengalihkan sokongan mereka kepada calon daripada PN.

Salah seorang penduduk yang ditemui mengakui, komitmen PN dalam memperjuangkan nasib rakyat berjaya ‘menawan’ hatinya yang selama ini menjadi penyokong Barisan Nasional (BN).

“Sudah lama saya memberikan undi kepada BN, kini sudah tiba masanya untuk berpihak kepada PN yang jelas memperjuangkan Islam dan hak rakyat,” kata Ahmad Abdul.

Sementara itu, Ustaz Abdullah yang ditemui mengakui, komitmen tinggi kerajaan PN dalam menjaga kebajikan rakyat khasnya ketika negara berada dalam fasa PKP yang lalu, menjadi faktor utama perubahan angin sokongan dalam kalangan pengundi di DUN berkenaan.

“Dalam kalangan pengundi muda (yang akan mengundi buat kali pertama) yang ditemui, ramai yang menyatakan sokongan kepada PN bahkan sebahagiannya turut menawarkan diri untuk menjadi petugas jentera PN.

“Mereka mengakui, meskipun usia kerajaan PN ini amat muda, namun jasanya kepada rakyat amatlah besar meliputi pelbagai pakej rangsangan ekonomi, bantuan Bakul Makanan serta pengenalan insentif-insentif baharu demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Alhamdulilah kerajaan PN tidak¬†pernah berjanji tapi kami adalah kerajaan yang memperjuangkan isu-isu rakyat dan menjaga kebajikan rakyat, katanya.