Home Kenyataan Media Presiden PAS

PRK Tanjung Piai: Kejayaan Bersama Muafakat Nasional

3173
SHARE

Kenyataan Media Presiden PAS

PRK TANJUNG PIAI: KEJAYAAN BERSAMA MUAFAKAT NASIONAL


1. PAS mengucapkan tahniah atas kemenangan calon BN yang mewakili suara pembangkang di PRK Tanjung Piai, dan menyifatkan keputusan ini sebagai kejayaan bersama Muafakat Nasional.

2. Kemenangan ini menunjukkan penerimaan rakyat bermasyarakat majmuk terhadap agenda penyatuan ummah, seterusnya mengorak langkah bagi mengukuhkan kerjasama dan integrasi yang lebih erat di peringkat nasional.

3. Kekalahan PH dalam pilihan raya kecil ini menjadi isyarat penolakan rakyat terhadap kegagalan PH membela kebajikan rakyat dan janji manifesto yang tidak tertunai, di samping petanda rakyat menolak budaya politik ekstrem dan fitnah melampau.

4. PAS merakamkan setinggi penghargaan kepada para ahli dan petugas PAS yang membantu dalam kempen PRK ini dengan penuh kepatuhan, dan juga menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada hari ini.

5. Kepada Dato’ Seri Dr Wee Jeck Seng, marilah kita bersama membela kebajikan rakyat dan mengukuhkan agenda perpaduan nasional dengan sebaiknya di Parlimen.

“Islam Memimpin Perpaduan”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 19 Rabiul Awwal 1441 / 16 November 2019