Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

PASTI Fastaqim Rai Majlis Ihtifal Kali Pertama

397
SHARE

Oleh : Faizah Yusof
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, merangkap YDP PAS Kuala Pilah, Tuan Haji Rafiei bin Mustapha merasmikan Majlis Ihtifal Pasti Fastaqim buat kali pertamanya pada hari ini.


“PASTI adalah tempat mengasuh anak-anak sejak dari kecil mengenal Islam dan mengamalkannya, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya”, ujar Tuan Haji Rafiei.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan bacaan 12 jenis doa dan nyanyian nasyid oleh anak-anak PASTI.

Seterusnya, penyampaian hadiah dan anugerah khas kepada anak-anak Pasti yang berjaya dalam peperiksaan akhir tahun oleh Tuan Hj Saharudin Abd Rahman.
Adik Faiz bin Dihamat telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan tahun 2019.


Ibubapa dan penjaga turut hadir memeriahkan suasana dan membawa hidangan makanan untuk disajikan kepada tetamu yang hadir.
Akhirnya, pengerusi majlis, Encik Karim Shahimi bin Abdul Razak merangkap Pengerusi Pasti Fastaqim mengucapkan terima kasih kepada yang menyumbang untuk majlis ini.