Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

PRK SLIM : TAHNIAH MOHD ZAIDI

253
SHARE

PRK SLIM : TAHNIAH MOHD ZAIDI

Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan syabas dan Tahniah kepada Mohd Zaidi Aziz, calon dari Barisan Nasional atas kemenangan yang diperoleh di PRK Dun Slim.

15 Julai lalu, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Berikutan peristiwa sedih itu, pilihan raya kecil telah diadakan bagi menggantikan kekosongan kerusi di DUN Slim. PRK kali ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Zaidi, calon Barisan Nasional (BN), dengan dua calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, mewakili Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) dan bekas guru, S. Santharasekaran.

Syabas dan tahniah kepada pihak Barisan Nasional dan Muafakat Nasional atas kemenangan ini. Semoga dipermudahkan urusan dan dapat berbakti kepada rakyat.

#IslamMemimpinPerpaduan
#MuafakatNasional

Ikhlas daripada
YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
30 Ogos 2020 bersamaan 11 Muharam 1442