Home Berita PAS Selangor

Laporan aktiviti kebajikan PKPD KRCAMALSELANGOR – PAS Kawasan Kota Raja

8
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kota Raja | PAS Kawasan Kota Raja melalui sebuah entiti dibawah Khidmat Malaysia iaitu NGO KRCAMALSELANGOR, setiap hari dalam jadual yang telah disusun, para relawan akan dibahagi-bahagikan tugas agar setiap orang mendapat peluang beramal dan meneruskan gerakerja dilapangan secara lebih kerap dan konsiten.

1. Hari mereka bermula dengan penyampaian sumbangan Pek Kebajikan PKPD kepada Maahad Tahfiz Ar Rizuan milik Allahyarham Ustaz Ridzuan Rahmat mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor di Telok Gong, Pelabuhan Klang.

Sumbangan kecil ini diterima oleh zaujah Allahyarham untuk disampaikan kepada guru-guru di Maahad Tahfiz Ar Rizuan.
Semoga Allah merahmati Allahyarham di sisi para solihin dan muqarrabin.

2. Seterusnya penyerakan sumbangan ‘Oxigen Concentrater’ kepada anak seorang jemaah yang ketika ini kuarantin di rumah.
Menurut laporan beliau amat memerlukan peralatan ini.

3. KRCAMAL SELANGOR menyampaikan Pek Kecemasan PKPD kepada relawan Amal KRCAMALSELANGOR, Puan Zeity dan suami untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan di sekitar Zon Sri Muda.

4. Akhir sekali mereka sampaikan sumbangan 30 pek ayam frozen, sumbangan seorang pengusaha ‘Ayam Frozen’ untuk Program Sumbangan Kebajikan PKPD Zon Andalas yang diketuai oleh Saudara Mohd Ryne Abdullah.

Semoga Allah memberkati para penyumbang dan penerima.

Jom teruskan infaq anda melalui link Onpay KRC
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor