Home Berita PAS Pusat

Presiden PAS Dikunjungi Rached Ghannouchi

879
SHARE

Kuala Lumpur – Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dikunjungi Syeikh Rached Ghannouchi, Presiden Parti Ennahdha Tunisia di Kuala Lumpur semalam (10 Julai 2017). Kunjungan ini dalam rangka lawatan Ghannouchi ke Malaysia bagi menjadi tetamu kerajaan Malaysia.

Dalam pertemuan tersebut, perbincangan berkisar tentang isu-isu yang berlaku di Dunia Islam dan keperluan umat Islam untuk bersatu dalam perkara-perkara dasar dan menjauhi perselisihan dalam perkara cabang.

Selain itu, kedua-dua tokoh besar  ini juga bersetuju untuk bersepakat memerangi sikap ekstremisme agama yang berlaku akibat kejahilan dalam memahami Islam. Serangan Islamophobia cuba dipalitkan kepada Islam melalui strategi yang dimainkan oleh musuh-musuh Islam.   

Ghannouchi juga menyatakan sokongan beliau atas penganjuran Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) yang akan diadakan di Kelantan dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, tujuannya untuk menyatukan umat Islam, khususnya di Rantau Asia Tenggara yang masih lagi terpelihara kemurniaannya walaupun terdapat kesan-kesan penjajahan yang belum sembuh.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden PAS) dan Ustaz Khalil Abdul Hadi (Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia).

{jathumbnail off}