Home Artikel PAS Negeri Sembilan

Premis Baharu SRITI Lavender : Impian Menjadi Realiti

452
SHARE

Semuanya bermula dengan impian dan cita-cita.

Alhamdulillah, SRITI Lavender sudah mula beroperasi di Forest Heights, premis baru yang lebih kondusif untuk murid-murid dan guru-guru. Premis baru ini mampu menampung sehingga 240 orang murid dalam satu-satu masa. Jazakallahu khair untuk semua penyumbang dana yang budiman dan semua yang mendoakan urusan kami.

Buat masa ini, SRITI Lavender menampung 135 orang murid dari tahun 1 hingga tahun 4. SRITI Lavender memiliki sebuah dewan, ruangan serbaguna, kantin, bilik guru, pejabat dan 2 buah kelas bagi setiap tahun.

Walaupun masih belum siap sepenuhnya seperti yang dirancangkan, premis ini akan ditambahbaik dari masa ke semasa dalam tahun ini. Boleh follow rapat perkembangan kami di page FB SRITI Lavender.

Jika ada yang berminat untuk berkongsi rezeki dengan kami, boleh berhubung dengan Guru Besar SRITI Lavender:

Pn. Najibah (Guru Besar) 013-3195208

Sumbangan kewangan boleh juga disalurkan melalui maklumat akaun seperti di bawah:

Pertubuhan Pendidik Generasi Qurani (pengurus SRITI Lavender)

8603554901 (CIMB Islamic)
05067010017500 (Bank Islam)

Terima kasih semua!

Sumber: Farid Hadhari

Ikuti Perkembangan SRITI Lavender di sini: SINI